Monday, April 8, 2019

ULAR TEDUNG DITANGKAP SEMBUNYI DI RAK KASUT



Pihak bomba menerima panggilan dari penghuni rumah No.200 Kuarters JKR Pebahanan Limbang, pagi tadi.

Menurut ketua operasi, PBKII Zakaria Matnor, ular dipercayai jenis tedung selar berukuran 1.8 meter berjaya dikesan di rak kasut rumah terbabit dan kemudian berjaya ditangkap.

Tujuh anggota dari Balai Bomba Limbang terlibat dalam operasi tersebut.

Ular berkenaan dipindahkan ke habitat asalnya.

Menurut pemilik rumah yang melaporkan kejadian tersebut, merasa terkejut dan tergamam dengan kehadiran seekor ular ketika hendak turun kerja.

No comments:

Post a Comment

Loading...