Monday, April 1, 2019

Tuntut hak Sarawak harus mendapat sokongan seluruh Rakyat


Peranan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menuntut hak Sarawak yang terhakis perlu sentiasa disebar luas kepada setiap lapisan masyarakat.
Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, menjadi peranan setiap kepimpinan PBB untuk terus agresif dalam mempromosi GPS.
Malah menurutnya, penubuhan GPS yang melakar sejarah dalam arena politik Sarawak juga tepat pada masanya untuk membolehkan setiap k.eputusan dibuat sendiri tanpa bergantung kepada pihak lain.
Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik) menambah, setiap kepimpinan PBB juga perlu mengetahui perkembangan semasa mengenai struktur kerajaan Sarawak.
Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai menjelaskan, ia penting agar setiap dasar diperkenalkan kerajaan Sarawak diketahui masyarakat.
Malah menurutnya, kepimpinan PBB N.4 Pantai Damai juga perlu terus giat mendaftarkan ahli baharu terutama di kalangan generasi muda.
Tambahnya, generasi muda yang merupakan pemimpin masa depan harus sentiasa didampingi untuk mengetahui denyut nadi dan keperluan mereka.
Beliau berkata demikian pada Randau GPS N.4 Pantai Damai anjuran PBB Cawangan N.4 Pantai Damai di Bandar Baru Semariang malam tadi.

No comments:

Post a Comment

Loading...