Monday, April 8, 2019

Tunjuk perasaan protes pindaan Perlembagaan


MIRI: Seramai 20 orang penunjuk perasaan berhimpun secara aman di sini semalam.
Bertempat di luar bangunan Mahakmah Lama, tujuan mereka berhimpun adalah memprotes pindaan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang disifatkan menurunkan hak Sarawak.  
Kumpulan tersebut tiba di lokasi berkenaan jam 9.30 pagi dan melaungkan “”Kami Negara Sarawak.”
Sepasukan anggota polis memantau tunjuk perasaan itu.
Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak  Chong Chieng Jen semalam menegaskan, pindaan yang dicadangkan itu bertujuan untuk memulihkan status Sabah dan Sarawak ke kedudukan asal sebagai wilayah seperti pada 1963.
Perkara 1(23) dipinda pada 1976 sehingga menurunkan statusnya seperti sekarang.
Ada ahli parlimen, termasuk ahli parlimen PKR meminta agar perkataan yang digunakan dalam rang undang-undang pindaan Perlembagaan Persekutuan diperhalusi bagi memastikan ia membawa maksud dan implikasi yang betul sesuai dengan hasrat dan semangat asal pembentukan Malaysia, kata Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin.
Kata  Ahli Parlimen PKR itu seperti dipetik media, Sarawak dan Sabah sepatutnya dinyatakan sebagai sebuah negara, bukannya sebuah negeri.
Katanya, berdasarkan cadangan pindaan rang undang-undang itu, Sabah dan Sarawak bukan rakan kongsi setara dalam Persekutuan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Loading...