Tuesday, April 2, 2019

PRK Rantau: Peluang BN cerah cipta hatrik di Rantau – Penganalisis Politik


Barisan Nasional (BN) berpeluang mencipta kemenangan ketiga di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau selepas PRK Cameron Highland dan Semenyih menerusi calonnya Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga Pemangku Presiden UMNO.
Menurut penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Suffian Mansor, ” UMNO berpeluang mencipta kemenangan ketiga di Rantau berikutan kredibiliti Tok Mat yang juga bekas Menteri Besar di negeri itu sendiri.”
“Kejayaan Tok Mat yang banyak membawa perubahan dan pembangunan di Negeri Sembilan menjadi faktor menyebabkan ayunan undi ini berada di pihak Barisan Nasional,” jelasnya ketika dihubungi oleh wartawan Sarawakvoice.
“Ditambah pula dengan rekod cemerlang Tok Mat yang telah menjadi wakil rakyat di Rantau dan juga Tok Mat juga merupakan anak jati Rantau itu sendiri,” tambahnya.
“Bagi pihak kerajaan, tidak seharusnya memandang mudah pilihan raya kecil ini, terdapat mesej yang hendak disampaikan oleh rakyat kepada kerajaan agar memfokuskan isu kebajikan rakyat,” katanya.
“Ini dapat dibuktikan melalui PRK Cameron Highland dan Semenyih dimana pembangkang telah memenangi PRK ini dengan berturut-turut,” jelasnya lagi.
“Hal ini kerana, sekiranya kerajaan mengalami kekalahan berturut-turut , ini jelas membawa mesej negatif kepada kerajaan,” ujarnya.
PRK Rantau kali ini menyaksikan pertarungan empat penjuru di mana Tok Mat sekali lagi berhadapan dengan calon PKR iaitu Dr Streram dan dua lagi calon bebas.
Tarikh buang undi PRK Rantau ialah pada 13 April ini .Pada November tahun lepas, Mahkamah Khas Pilihan Raya telah membatalkan kemenangan Tok Mat di Rantau.
Mohamad Hasan telah membuat rayuan tetapi Mahkamah Persekutuan telah menolak permohonannya pada Februari dan mengarahkan Pilihan Raya Kecil diadakan dalam masa 60 hari.
Sarawak voice 

No comments:

Post a Comment

Loading...