Monday, April 1, 2019

Penerbangan langsung Kuching-Jakarta tak lama lagi


Anda tidak perlu lagi pergi ke Pontianak, Johor Baharu atau Kuala Lumpur jika hendak ke Jakarta, tidak berapa lama lagi.
Kerana akan ada penerbangan langsung dari ibu negeri Sarawak ke ibu kota Indonesia, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Hamzah.
Pada tahun lepas beliau mengumumkan akan ada penerbangan langsung dari Kuching ke Jakarta dan Bangkok, Thailand pada tahun ini.
Penerbangan langsung berkenaan akan menjimatkan kos dan masa penerbangan.
Beberapa tahun lalu, terdapat penerbangan langsung ke kota 11 juta jiwa itu, tetapi tidak diketahui sebab ia dihentikan.
Karim berkata, kementeriannya akan mengumumkan butiran lanjut tentang penerbangan berkenaan yang kini ditunggu-tunggu oleh penduduk Sarawak.
Jakarta dan Bandung merupakan antara destinasi pelancongan terkenal bagi rakyat Sarawak.
“Memandangkan sudah ada penerbangan ke Pontianak, tidak berapa lama lagi akan ada perkhidmatan penerbangan langsung ke Jakarta,” katanya di satu majlis.
Tidak diketahui setakat ini syarikat penerbangan yang akan menyediakan perkhidmatan berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Loading...