Wednesday, April 3, 2019

Pandelela Rinong terpahat di Bung Bratak di Bau



Pekan ini akan mempunyai daya tarikan baharu, termasuk kepada pelancong apabila Pusat Warisan Bung Bratak dibuka pada Isnin minggu depan.
Pusat warisan itu akan mempunyai dua rumah panjang, satu daripadanya diberi nama Pandelela Rinong kerana beliau mendermakan satu ekar tanah untuk kawasan parkir, selain atlet itu berasal dari kawasan terbabit.
Pengunjung ke pusat itu akan dapat menikmati udara gunung yang segar, pemandangan menarik, air terjun dan jambatan buluh Bidayuh yang unik.
Para pengunjung dijangka menikmati pengalaman yang menyeronokkan di pusat ini.
Pengerusi Pusat berkenaan Datuk Peter Minos berkata, peruntukan keseluruhan berjumlah RM120 juta diperoleh daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan Sarawak.
“Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Persekutuan memberi peruntukan RM8 juta,” katanya.
Kerajaan Sarawak pula menyalurkan peruntukan RM1 juta untuk membinaan jalan gunung ke pusat itu.

No comments:

Post a Comment

Loading...