Monday, April 8, 2019

Orang Sarawak / Sabah ada peluang jadi Perdana Menteri


Pemimpin dari Sabah dan Sarawak juga dapat menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika merasmikan Bersatu di Penampang semalam berkata, ini kerana mereka juga ialah rakyat Malaysia.
“Saya yakin suatu hari nanti Perdana Menteri Malaysia datang dari Sabah dan Sarawak. Ini kerana kita semua rakyat Malaysia. Siapa saja boleh muncul sebagai pemimpin asalkan mereka ada kebolehan,” jelasnya pada majlis pelancaran Bersatu negeri Sabah.
Pada majlis itu, Mahathir berkata Bersatu di Sabah mempunyai 120,000 ahli.
Ini, katanya membuktikan bahawa penduduk di Sabah mempunyai minat menyertai Bersatu.
Sejak penubuhan Malaysia, Perdana Menteri adalah dari Semenanjung. Di bawah pemerintahan BN, jawatan itu disandang oleh Presiden Umno, termasuk Mahathir.

No comments:

Post a Comment

Loading...