Monday, April 8, 2019

KERAJAAN PERSEKUTUAAN BERMAIN TARIK TALI SEKOLAH DAIF DI SARAWAK



Pertikaian sekolah daif di Sarawak masih belum menemui jalan penyelesaian.

Menteri Pendidikan Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawang berkata, kerajaan persekutuan bermain tarik tali dalam hal ini.

"Saya merasa sangat kesal atas keputusan kerajaan persekutuan tidak mengotakan persetujuan awal sebelum ini.

"Hal ini di mana, dalam rang undang-undang ke-11 di bawah kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah meluluskan peruntukan 1 Billion untuk menyelesaikan masalah sekolah-sekolah daif di Sarawak," ujarnya.

Beliau berkata semasa perasmian dan penyerahan biasiswa Rang Kolej di sekolah St Josepth, Kuching, hari ini.

"Bagaimanapun, setelah pertukaran kerajaan, peruntukan tersebut di tangguh sehingga kerajaan negeri bersetuju menyediakan sejumlah dana tersebut bagi melaksanakan projek itu dengan kadar segera.

“Katanya lagi, duit itu sepatutnya pinjaman dengan kadar kosong faedah juga sebagai penyelesaian hutang lain kerajaan negeri terhadap kerajaan persekutuan."

Namun, persetujuan awal tidak mencapai kata sepakat semasa perbincangan terbaru antara pihaknya dengan kerajaan persekutuan.

Tegasnya, perkara ini akan dibawa kepada Ketua Menteri Sarawak untuk tindakan selanjutnya.

OLEH: MOHAMMAD FIKRI JAMAL

No comments:

Post a Comment

Loading...