Wednesday, April 3, 2019

Equanimity dijual kepada Genting pada AS$126 juta


Malaysia bersetuju menjual kapal mewah yang dikaitkan dengan skandal berbilion dolar membabitkan dana kerajaan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kepada pengendali kasino Genting Malaysia Bhd membabitkan pertimbangan tunai AS$126 juta (RM514.14 juta), kata peguam negara hari ini.
Kapal mewah Equanimity adalah antara aset yang didakwa dibeli ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho, dan sekutunya dengan wang yang diambil daripada dana itu, kata pegawai Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia.
Low didakwa membayar AS$250 juta untuk kapal mewah itu, yang mempunyai kemasan dalaman diperbuat daripada marmar dan daun emas, spa dan sauna, kolam renang 20 meter, teater filem dan helipad. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Loading...