Monday, April 1, 2019

Chong: Geran khas untuk Sarawak, Sabah dirundingi untuk dikaji semula


Geran khas untuk Sabah dan Sarawak seperti yang termaktud di bawah Perkara 112 (d) Perlembagaan Persekutuan sedang dirundingi untuk dikaji semula, kata Pengerusi Pakatan Harapan Sarawak Chong Chieng Jen.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ahli Parlimen Stampin berkata, keputusan mengenai mekanisme berkenaan akan dibuat tidak lama lagi.
“Semakan semula geran khas kini sedang dibincangkan dalam kalangan anggota jawatankausa Permandu dan teknikal MA63,” katanya di sini, Ahad.
Beliau berkata, pada dasarnya semua pihak bersetuju ia harus ditingkatkan,” katanya sambil menambah, keputusan dan mekanisme berkenaan akan dibuat tidak lama lagi.
Komen itu dibuat susulan kenyataan Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa hutang kerajaan persekutuan kepada Sarawak jauh lebih tinggi daripada hutang pinjaman kerajaan Sarawak kepada kerajaan persekutuan.
Geran khas itu bertujuan untuk melaksanakan projek pembangunan di kedua-dua negeri terbabit bagi merapatkan jurang dengan negeri maju lain.

No comments:

Post a Comment

Loading...