Sunday, March 17, 2019

[Video] Ular tedung selar dalam laci meja di SMK Three Rivers Mukah

MUKAH: Beberapa pelajar cemas seketika apabila menemukan seekor ular tedung selar di dalam laci meja di bilik kelas tingkatan enam di sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini pada Jumaat lepas.

Mereka kemudian membuat panggilan telefon ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah untuk mendapatkan bantuan.

Menurut Ketua BBP Mukah Mohd Azhari Awi, pihaknya bergegas ke lokasi susulan menerima panggilan kecemasan pukul 2.48 petang.

Anggota bomba berjaya menangkap ular berkenaan yang dianggarkan sepanjang 2.5 meter menggunakan penjerut.

Satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit turut tular mengenai kejadian tersebut.

Ular itu dilepaskan ke habitat asal selepas ditangkap.





No comments:

Post a Comment

Loading...