Enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kemelut rumah tangga Noor Nabila, Neelofa, 30, sebaliknya meminta masyarakat mendoakan yang terbaik buat pasangan itu.
Tidak masuk akal! Saya sayangkan kakak dan anak saudara saya.
“Saya harap masyarakat boleh mendoakan yang terbaik untuk mereka dalam apa juga situasi yang sedang dihadapi ketika ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada sidang akhbar pengumuman Top 5 Anugerah MeleTOP Era sebentar tadi. 
Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai rumah tangga pelakon Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila yang dikatakan sedang bermasalah.
Ada netizen di laman sosial mendedahkan Sharnaaz dan Nabila hadir untuk berjumpa dengan pihak kaunseling di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). - K! ONLINE