Saturday, March 23, 2019

Sarawak fokus modul pembangunan belia


Kerajaan Sarawak sentiasa menitikberatkan pembangunan modal insan dalam kalangan belia di negeri itu.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya mempunyai perancangan jangka panjang untuk golongan berkenaan.

"Jadi saya terpaksa mengatur program-program baik dan menjurus kepada pembangunan belia supaya mereka menjadi komponen yang akan dapat mewarisi negeri dan negara di masa depan," 

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis penangguhan Program Transformasi Belia pada Sabtu di Santubong Kuching.

Abdul Karim meminta agar para belia memberi sokongan penuh kepada usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan negeri dalam proses membangunkan modal insan berkualiti tinggi.

No comments:

Post a Comment

Loading...