Tuesday, March 19, 2019

PERREY: Komik bahasa Melayu Sarawak pertama di dunia karya Art of Wud - Nur Shahirah Osman -



KUCHING: Menemui pembaca dan peminat komik 2 April ini, akan berada di pasaran komik Perrey yang dianggap sebagai “komik bahasa Melayu Sarawak pertama di dunia”.
Komik karya Art of Wud ini mempunyai 100 halaman warna penuh dicetak di atas kertas
80 gram berkulit art card.
Di Facebook Ed Edd pada Isnin menjawab pertanyaan netizen dan peminatnya memberitahu harga komik ini untuk Sabah dan Sarawak ialah RM15 senaskhah dan RM17 harga Semenanjung.
Ketika dihubungi wartawan Sarawak Voice, pelukisnya yang menggunakan nama Art of Wud berkata komik konsep lawak sarkastik ini sesuai dibaca dewasa 18 tahun ke atas.
Menurut pelukisnya, komik ini menghidangkan isu tempatan berlaku dalam masyarakat di Sarawak yang “tidak dilihat oleh orang lain, tetapi dapat dilihat oleh beliau” dan dihidangkan mengikut perspektif ditanggapinya dalam bentuk sinikal.
“Banyak cerita isu semasa, disampaikan dalam bentuk lawak sarkastik “dark humor”. Dialog mengikut zaman,” ujar pelukis.
“‘Contohnya Bujang Antoo the legend’ bahasa menggunakan bahasa lenggok 1970-an hingga 1980an.
“Manakala bagi kartun ‘single’ banyak menggunakan bahasa moden.
Menurut pelukisnya, semua kerja dari melukis, cerita, rekaan grafik adalah kerja solo beliau dan dimanfaatkan dalam dua bulan untuk disiapkan sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment

Loading...