Tuesday, March 19, 2019

Perhimpunan aman solidariti kedamaian, tolak kebencian, Sabtu ini – Mujahid


KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman solidariti demi kedamaian dan menolak kebencian dirancang diadakan di Dataran Merdeka di sini, Sabtu ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Beliau berkata perhimpunan itu bertujuan menunjukkan kepada dunia bahawa Malaysia menolak fahaman kebencian serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa serangan pengganas di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, minggu lalu.
Katanya, perkara itu diputuskan pada mesyuarat khas kedamaian antara kaum dan agama di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian pada sidang media pada Isnin selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut yang turut dihadiri ketua-ketua persatuan agama dan badan bukan kerajaan.
Jumaat lepas, dua serangan pengganas berlaku di dua masjid di Christchurch yang meragut nyawa 50 orang manakala berpuluh-puluh lagi cedera, termasuk tiga rakyat Malaysia.–BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Loading...