Friday, March 22, 2019

New Zealand Berkabung: Khutbah Jumaat penuh makna di Christchurch


Khutbah yang disampaikan di Masjid Khadija, Hamilton, di New Zealand, hari ini dijangka lebih signifikan dan penuh dengan mesej-mesej kecintaan yang ditekankan dalam ajaran Islam.

Imam Shazly Khan berkata konteks dan penyampaian khutbah tersebut diteliti secara mendalam bagi memudahkan ia difahami oleh mereka yang mendengar, khususnya dalam kalangan bukan Muslim yang dijangka turut hadir.

Azan semasa solat Jumaat juga disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand hari ini, selain tafakur selama dua minit sebagai memperingati insiden berdarah yang mengorbankan 50 nyawa minggu lalu.

“Ya, memang hari ini saya rasa lebih signifikan daripada hari-hari Jumaat sebelum ini. Berbeza, bukan kerana topik yang berbeza, tetapi cara yang saya akan gunakan.

No comments:

Post a Comment

Loading...