Thursday, March 14, 2019

Lesap RM53 ribu gara-gara syok bercinta di Internet

SIBU: Gara-gara cinta Internet, seorang juruaudit wanita menjadi mangsa penipuan 'Love Scam' dan mengalami kerugian RM53,600.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, pengadu berusia 25 tahun berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai
Fred Hutton di Facebook pada 11 Februari lalu.

Selepas sebulan berhubung melalui talian, lelaki itu memberitahu bahawa dia mahu berjumpa dengan pengadu dan keluarganya.

Bagaimanapun, pengadu menganggap perhubungan mereka sebagai kawan biasa kerana dia baharu sahaja mengenali lelaki tersebut

Genap sebulan kemudian, dia menerima panggilan daripada seorang wanita yang dikenali Lenni dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai Kastam dari KLIA.

"Lenni memberitahu bahawa Fred telah ditahan kerana dia didapati membawa matawang asing 25,000 pound (RM135,000) dan barang kemas  yang
tidak diisytiharkan, " katanya dalam stau kenyataan hari ini.


Sekiranya tidak dituruti, Kastam akan mengambil tindakan.

Bimbang terhadap keselamatan Fred, wanita itu bertindak membuat pemindahan pertama melalui empat transaksi sebanyak RM24,300 ke nombor akaun yang diberi oleh Lenni.

Keesokan harinya pada 12 Mac, wanita itu menerima panggilan dari Lenni bahawa wang yang telah dipindahkannya dalam talian tidak mencukupi untuk
pelepasan Fred.

Sekali lagi wanita itu membuat pemindahan untuk pembayaran tambahan sebanyak RM29,300.

"Selepas pemindahan itu, pengadu sekali lagi menerima panggilan daripada Lenni, memberitahu bahawa Fred telah mengalami kecederaan selepas dipukul. Dia diminta untuk membuat pemindahan wang namun tidak mempunyai wang untuk dihantar lagi," kata Stanley.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



No comments:

Post a Comment

Loading...