Wednesday, March 20, 2019

KKMM minta penjelasan RTM tidak buat liputan acara kerajaan negeri Sarawak



KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak memberi penjelasan berhubung dakwaan tidak membuat liputan acara kerajaan negeri itu dibawah pentadbiran Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Komunikasi dan Multimedi (KKMM) Shakib Ahmad Shakir berkata perkara itu adalah di luar pengetahuan KKMM.
“Bagi Kementerian kami tidak tahu menahu isu ini. Kami akan meminta penjelasan daripada RTM Sarawak mengenai isu ini,” katanya kepada media selepas majlis perasmian  Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Antipemerdagangan Orang di Auditorium P.Ramlee, RTM Kuching di sini semalam.

Semalam oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah  mendakwa  RTM kerana tidak membuat liputan sidang media Kejohanan Golf Terbuka Amatur Malaysia ke-117 yang akan berlangsung pada 18 hingga 23 Jun tahun ini.
Beliau meluahkan rasa kecewa kerana kurang mendapat liputan daripada RTM kerana menurutnya beliau memahami jika RTM tidak membuat liputan sekiranya sidang media semalam adalah mengenai politik GPS, tetapi ia adalah mengenai kejohanan golf.
— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Loading...