Wednesday, March 27, 2019

Ketua Menteri Sarawak bertemu semua Ahli Parlimen GPS


YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah mengadakan perjumpaan dengan Ahli-Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kuala Lumpur bersempena Sidang Parlimen yang sedang berlangsung.
Dalam perjumpaan itu, Ketua Menteri mengadakan perbincangan berkenaan dengan pindaan kepada Perkara 1 (2) Perlembagaan Persekutuan yang akan dibentangkan di Parlimen.
Pindaan ini dicadangkan adalah memulihkan status Sarawak dan Sabah sebagai rakan kongsi yang sama.
Menurut Ahli Parlimen Santubong YB Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pindaan perlembagaan persekutuan memerlukan majoriti dua pertiga dan Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai jumlah yang mencukupi untuk dipinda.
Mereka memerlukan anggota Parlimen lain dari GPS, PAS, Bebas dan juga dari Barisan Nasional untuk menyokong rang undang-undang yang dipinda itu, katanya.
Turut hadir sama adalah ketiga-tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, YB Tan Sri (Dr) James Jemut Masing dan YB Datuk Amar Awang Tengah bin Ali Hassan dan juga Menteri Perhubungan Korporat Sarawak YB Abdullah bin Haji Saidol.
Rang undang-undang itu mungkin dibentangkan untuk pembacaan pertama antara 8 dan 9 April, kerana sudah ada arahan kepada semua Ahli Parlimen dari PH untuk hadir pada masa itu.

No comments:

Post a Comment

Loading...