Thursday, March 21, 2019

Kerajaan Pusat perlu komited, serius bantu Sarawak


Kerajaan Pusat, khususnya Kementerian Pendidikan perlu lebih komited dan serius dalam menangani isu sekolah daif di Sarawak, dengan kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman luar bandar.

Keseluruhannya, 1,020 dari 1,453 sekolah rendah dan menengah di negeri ini berada dalam kategori daif, malah sebahagian besarnya berusia lebih 30 tahun.
Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, daripada jumlah itu, 415 sekolah lagi berada dalam keadaan sangat usang dan memerlukan pembaikan segera kerana berusia lebih 50 tahun.
“Tidak hanya bangunan usang, wujud juga masalah lain kuarters guru dan asrama yang daif, tiada bekalan air bersih dan elektrik, tiada kemudahan Internet yang menyukarkan urusan pembelajaran dan penghantaran data secara atas talian, selain pusat sumber serta makmal yang serba kekurangan.

No comments:

Post a Comment

Loading...