Friday, March 22, 2019

KAMPUNG TAMBIRAT DIISYTIHAR KAWASAN TERBAHARU WABAK RABIES SARAWAK



KUCHING, 22 Mac : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak hari ini mengisytiharkan kawasan Kampung Tambirat, Asajaya sebagai kawasan terbaharu wabak anjing gila atau rabies.

Jurucakap Sekretariat JBPN Sarawak berkata keputusan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi JBPN Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

“Kawasan ini terletak di luar 10 kilometer radius kawasan yang telah diisytiharkan wabak rabies, sekali gus menjadikan kawasan berkenaan kawasan ke-62 wabak,” demikian menurut jurucakap itu dalam kenyataan, di sini hari ini.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membiarkan anjing lepas bebas atau membawa keluar anjing dari kawasan wabak tanpa kebenaran bertulis Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri.

Menurut kenyataan itu, mereka yang berbuat demikian boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan menurut Seksyen 37 (2) & (3) Ordinan

No comments:

Post a Comment

Loading...