Monday, March 18, 2019

Gempa Lombok: 14 mangsa warga Malaysia pulang malam ini, 4 masih dirawat



LOMBOK: Empat belas mangsa gempa Lombok rakyat Malaysia yang terselamat akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini.

Kedutaan Malaysia dalam satu kenyataan berkata setakat ini, sembilan rakyat Malaysia yang mengalami kecederaan telah mendapatkan rawatan di hospital yang sama.

Sementara itu, empat daripadanya akan terus menjalani rawatan dan akan pulang ke Malaysia setelah pulih daripada kecederaan.

Proses membawa pulang dua rakyat Malaysia yang meninggal dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Kelep Senaru, Lombok, pasca gempa bumi di pulau itu juga sedang giat dijalankan.

Pegawai kedutaan di Lombok juga sedang menyelaras dengan ahli keluarga bagi memastikan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia berjalan lancar.

BACA : Gempa Lombok: Seorang lagi rakyat Malaysia yang maut dikenal pasti

BACA : Gempa Lombok: Dua rakyat Malaysia yang terkorban dibawa pulang hari ini

Rakyat Malaysia yang masih berada di Lombok dan sekitarnya boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036‬ untuk bantuan.

No comments:

Post a Comment

Loading...