Monday, March 18, 2019

Gempa di Lombok: Mayat 2 wanita Malaysia dibawa pulang hari ini



JAKARTA: Seorang lagi rakyat Malaysia yang terbunuh dalam kejadian gempa di Lombok semalam dikenali sebagai Lim Sai Wah.
Bagaimanapun, identiti lengkap wanita itu belum diperolehi setakat 6 pagi tadi.
Timbalan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Zamshari Shaharan berkata, 7 warganegara Malaysia turut cedera dan kini dirawat di hospital di Lombok.
“Dua warganegara Malaysia meninggal dunia akibat gempa bumi di Lombok Timur semalam. Tujuh yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital, manakala 13 orang terselamat.”

Seorang lagi rakyat Malaysia, Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily, Tai Siew Kim disahkan terbunuh dalam gempa berukuran lebih 5 pada skala Richter, semalam.
Mereka semua adalah sekumpulan 22 warganegara Malaysia yang berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara, ketika bencana itu berlaku pada 2.07 petang waktu tempatan.
Pegawai kedutaan tiba di Lombok pagi ini untuk menghulurkan bantuan kepada warganegara Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu.
“Warganegara Malaysia lain yang berada di Lombok atau kawasan sekitar yang terkesan susulan gempa bumi ini boleh menghubungi pegawai bertugas Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036‬,” katanya.
Rakyat Malaysia dinasihatkan sentiasa tenang dan mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.
Warganegara Malaysia yang berada di Indonesia atau merancang perjalanan ke Indonesia juga dinasihatkan berdaftar dengan kedutaan di https://goo.gl/ixYVfy.
Sementara itu, Gabernor Nusa Tenggara Barat, H Zulkieflimansyah dipetik agensi berita Antara, berkata pihak berkuasa tempatan sedang menguruskan 2 rakyat Malaysia yang terkorban itu untuk dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

No comments:

Post a Comment

Loading...