Sunday, March 31, 2019

Gara - Gara Menurut Nafsu Syaitan, Dua Ditahan Di Miri


Gara-gara tidak dapat mengawal nafsu seks syaitan, dua lelaki muda ditahan polis untuk siasatan lanjut berhubung kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 14 tahun.
Menurut sumber, mangsa seorang pelajar tercicir mendakwa dirogol rakus oleh kedua-dua suspek.
Gadis itu dilaporkan hilang pada 25 Mac malam oleh ibu saudaranya.
Bapa saudaranya kemudian mendapati anak buahnya itu berkeliaran di sekitar Tamu Lutong di sini.
Ketika itulah gadis berkenaan mendakwa dirinya dirogol suspek.
Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah, suspek berusia 17 dan 23 tahun kini ditahan untuk memudahkan siasatan polis di bawah Seksyen 375B kerana rogol beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment

Loading...