Wednesday, March 20, 2019

Pondan mengaku tak bersalah

MAK Nyah yang sebelum ini tular di media sosial berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan bogel, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini, atas kesalahan berkelakuan tidak sopan dan mengganggu keamanan.
Kent Caburnay Acuin, 29, yang berasal dari Cebu, Filipina bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya hadapan Majistret Rahni Kartini Abd Karim.
Berdasarkan pertuduhan, Kent didakwa memanjat kereta jenis Honda City dalam keadaan berbogel dan berkelakuan tidak sopan dan mengganggu keamanan di Jalan Sultan Ismail, pada 10.40 pagi, 13 Mac lalu.
Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana Mohd Jafri tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.
Tertuduh tidak diwakili peguam dan ditahan reman sehingga kes disebut semula pada 22 April depan.
Harian Metro sebelum ini melaporkan bahawa tekanan dipercayai menjadi punca mak nyah berjalan di pembahagi jalan dalam keadaan bogel .
Kejadian itu tular selepas dua video berdurasi 16 dan 44 saat dimuat naik di media sosial, pada 13 Mac lalu.
Dalam video yang dirakam orang awam itu, mak nyah berkenaan dilihat berjalan dan berlari di pembahagi jalan di lokasi berkenaan.
Malah, dia turut dilihat menari sambil memegang kemaluan dan cuba melintas jalan selain memanjat kereta di lokasi berkenaan.
Gelagat mak nyah itu menyebabkan ada antara pengguna jalan raya membunyikan hon kenderaan mereka.

No comments:

Post a Comment

Loading...