Sunday, March 31, 2019

Bapa Rogol Lima Anak Perempuan Sampai Hamil


Nafsu apa dan perkataan apa hendak digunakan untuk ayah yang seorang ini, sukar untuk ditentukan.
Mungkin perkataan binatang paling sesuai digunakan.
Polis Pontianak menahan  seorang lelaki berusia 49 berasal dari Kecamatan Sungai Kakap yang tidak berhati perut mencabuli lima anak perempuan sehingga ada yang hamil dan melahirkan anak.
Seorang anak dengan singkatan  RM berusia 16 tahun yang menjadi mangsa mengaku akibat perbuatan biadab  ayahnya, dirinya sampai hamil dan menggugurkan kandungannya, sampai dua kali.
Saat ditahan polis ia hanya tertunduk lesu, tak ada satu kata pun yang keluar dari mulutnya, kendati pemberita media mencuba bertanya kepadanya, tangan kirinya tampak terbalut perban akibat terluka, dan wajahnya tampak lemas, jalannya lemah tergontai, dengan pandangan kosong,” kata TribunKubuRaya dalam satu laporannya.
Tindakan keji itu terbongkar selepas seorang mangsa mengadu kepada ibunya yang kemudian membuat laporan polis.
Hasil pemeriksaan dan soal siasat terhadap salah seorang mangsa yang berusia 16 tahun mendapati dia telah dicabul sejak tahun 2017.
Bahkan pihak polis menyifatkan kejahatan ini sebagai kejahatan luar biasa.
Sebelumnya, ia mengungkapkan bahawa ibu mangsa bersama korban minggu lalu telah mendatangi pihaknya untuk mengadukan kan hal ini.
“Beberapa minggu lalu ibu dan mangsa dengan datang ke sini memaklumkan  mereka sudah menyampaikan laporan polis, terkait kes kejahatan seksual yang dilakukan oleh ayah kandungnya,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Loading...