Dari Akhbar Mandarin: "Masalah berpunca dari Tun M” - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, January 1, 2019

Dari Akhbar Mandarin: "Masalah berpunca dari Tun M”



Pada hari semalam, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir sebaik saja selesai mempengerusikan mesyuarat kabinet terus meluangkan masa selama 90 minit menaiki cruise mengelilingi Tasik Putrajaya sambil menikmati keindahan Putrajaya. Dengan berita ini memberikan anggapan kepada semua orang bahawa menteri-menteri dah berasa lega.




Mengapa jiwa dah berasa lega, adakah semuanya telah berada dalam landasan yang betul atau hanya merasakan syok sendiri ?

Mengikut kajian stategik dari Invoke baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan rakyat mendapati bahawa tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri dalam jangka masa setengah tahun ini saja sudah menjunam dari 72% kepada 53%. Bagi orang-orang Melayu telah merosot dari 66% ke 45%. Di kalangan orang-orang Cina jatuh kepada 65% daripada 87%. Manakala di kalangan orang-orang India pula, tahap kepuasan jatuh ke 64% daripada 84%.

Sokongan dari orang-orang Cina jatuh menjunam sebanyak 22%, ada setengah menteri besar yang tidak dinyatakan nama pun masih mendapat sokongan lebih tinggi daripada Tun M. Dengan ini menunjukkan suatu masalah yang besar telah berlaku. Maka dengan itu, sekarang ini bukanlah masanya untuk berasa lega. Sepatutnya melipat-gandakan usaha pentadbiraan negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

Di awal bulan pertama dan kedua apabila Pakatan Harapan memerintah dahulu, memang didapati ada kekuatan untuk melakukan pembaharuan dan membetulkan keadaan yang kronik. Bagaimanapun, pada 16hb Julai yang lalu setelah Tun M mengisytiharkan yang manifesto pilihanraya hanyalah satu panduan, bukan sebagai kitab, dan kemudiannya Pakatan Harapan dari masa ke semasa menggunakan pelbagai alasan, tak henti membuat U-Turn, jauh menyimpang dari arah pembaharuan. Malah fokus diberikan kepada permainan politik tetapi tidak kepada menyelesaikan masalah rakyat.

Kemudian dikuti dengan “amanat berharga” yang tidak kunjung putus. Ini termasuklah membina kembali jambatan bengkok, projek kereta nasional ke 3 adalah keperluan rakyat, demokrasi membenarkan lompat katak, UMNO juga ada orang yang baik, menolak untuk menerima lompat katak dan lain-lain adalah sama dengan menolak sokongan rakyat. Terus-menerus menghalalkan segala tindakan yang membelakangkan inspirasi rakyat.

Lain-lain parti komponen juga meniru dengan permainan politik yang kotor. Dari isu bantuan kewangan University College Tunku Abdul Rahman (TARUC) sehinggalah kepada bantuan kewangan KOJADI, tidak tahu sehingga bila ianya akan berakhir.

Merosotnya sokongan rakyat terhadap kerajaan baru ini disebabkan oleh faktor utamanya ialah tidak berpuashati dengan Pakatan Harapan yang tidak mentadbir negara secara profesional. Begitu juga ramai ahli-ahli perniagaan yang merungut, setelah berlaku perubahan kerajaan menyebabkan pasaran semakin sunyi. Ekonomi semakin suram, ia bukan sahaja telah menghancurkan semangat “tukar kerajaan” malah telah mengubah pandangan rakyat kepada sebuah kerajaan baru.




Pengasas Invoke, Rafizi bercakap dengan betul. Orang-orang Melayu yang menyokong Pakatan Harapan bukanlah disebabkan Pakatan Harapan itu “lebih Melayu” daripada UMNO dan PAS. Tetapi disebabkan mereka percaya yang Pakatan Harapan akan memberikan penghidupan yang lebih baik kepada mereka.

Jika kerajaan baru tidak berupaya untuk memberika kelesesaan kehidupan kepada rakyat, para pengundi di PRU yang akan datang sudah pasti tidak akan menyokong Pakatan Harapan.

Pakatan Harapan tidak melaksanakan pelbagai janji-janji pilihanraya kepada pelbagai kaum telah mengoncang kepercayaan rakyat. Ini termasuklah janji melunaskan semua hutang-hutang yang tidak sepatutnya dikenakan kepada peneroka Felda. Tidak menunaikan janji untuk mengiktiraf UEC. Tidak juga menunaikan 25 janji yang ditaburkan kepada masyarakat India.

Menggunakan alasan masalah kewangan untuk melambatkan pelaksanaan janji manifesto pilihanraya masih lagi boleh dimaafkan. Namun, kini didapati kerajaan baru terang-terang telah menyimpang dari landasan asal, termasuklah tidak menandatangani ICERD, menolak untuk melaksanakan pilihanraya tempatan, tidak memansuhkan Akta Majlis Keselamatan Negara (2016) dan lain-lain akta yang lapuk.

Pakatan Harapan tidak menghormati inspirasi dan kehendak rakyat. Ini termasuklah berkeras mahu memansuhkan hukuman mati malah memberi amaran mana-mana ahli parlimen yang tidak menyokong haruslah meletakkan jawatan. Dengan menerima ahli parlimen UMNO yang melompat parti semakin membuat rakyat merasa meluat.

Selain daripada itu yang menekan hati rakyat ialah prestasi para menteri kerajaan Pakatan Harapan. Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee memaksa pemakaian kasut hitam ke sekolah, merosakkan imej dan kepercayaan terhadap kerajaan baru. Baru-baru ini, beliau telah mengeluar kenyataan di Dewan Rakyat yang mahukan para guru yang mengajar pengajian Islam yang berasal dari Kelantan, Terengganu, Kedah kini mengajar di Malaysia Timur terus mengajar di sana, ia terus membangkitkan kemarahan dan asakan dari DAP Sarawak.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy tidak berupaya menyelesaikan masalah yang membabitkan rusuhan kuil di USJ25, Subang Jaya. Setelah kematian anggota penyelamat bomba, Allahyarham Mohammad Adib Mohd Kassim, pihak pembangkang mahukan Tun M melucutkan jawatan menteri beliau. Malah sayap pemuda PPBM, Armada juga membuat desakan yang sama.

Tun M melantik P. Waytha Moorthy adalah kerana mahukan undi dari orang-orang India dan sokongan dari HINDRAF. Jika melucutkan jawatan Waytha Moorthy akan menyakiti hati mayarakat India, maka sebab itulah Tun M harus menjaganya.

Namun demikian, puak-puak pelampau kanan masih tidak mahu mengundur, mereka akan terus-menerus menggoreng isu ini. Ia akan membangkit satu lagi gelombang perkauman.

Dalam keadaan perhubungan etnik yang genting, bagaimana para pemimpin Pakatan Harapan boleh berasa lega ?

Adakah kerana UMNO telah hampir terkubur maka menyebabkan Tun M berasa amat gembira, tetapi dia masih banyak lagi perkara yang belum diselesaikan. Ini termasuklah pematuhan prinsip pembaharuan Pakatan Harapan. Prestasi para menteri baru yang tidak memuaskan. Dia juga harus mengawasi dengan rapat bagi mengelakkan sabotaj dalaman.

Mengenai cakap-cakap politik yang mengatakan DAP akan menjadi MCA 2.0, Lim Kit Siang menegaskan jika kerajaan baru melepaskan matlamat untuk membina Malaysia Baru, DAP tidak teragak-agak untuk keluar dari Pakatan Harapan. DAP berani bercakap dan berani tanggung, berani untuk membetulkan dari dalam dan barulah dapat menyelamat keadaan yang kronik sekarang.

Tahap kepuasan dah jatuh merudum sehingga membunyikan loceng penggera. Adakah Pakatan Harapan dah nampak keadaan genting ini atau perangkap semakin mendalam ?
.
Sumber daripada Sin Chew Daily dan ditulis oleh 林瑞源 (Lin Rui Yuan), Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily.

---------



林瑞源.问题出在敦马

希盟没有兑现大选承诺打击各种族的信心,包括没有废除所有施加于垦殖民的不合理债务、没有承认统考文凭、没有兑现向印裔社群做出的25项承诺。

首相敦马哈迪日前主持内阁会议后,与内阁部长花了约90分钟,乘船环绕布城湖泊,欣赏布城美景。这则新闻给人们的感觉是部长们放松了。

为何心情放松,是一切已经上了轨道,还是自我感觉美好?

根据政策措施研究中心(Invoke)最近进行的民调,首相的满意度短短半年从72%下滑至53%;马来人从66%跌至45%,华人从87%跌至65%,印度人从84%跌至64%。

华人的支持率猛跌22%,有些叫不出名字的州务大臣的满意度,都高过敦马,这显示当中出了极大的问题,因此现在还不是放松的时刻,必须加紧处理国家和民生课题。




希盟在刚执政的一两个月,确实拿出改革及收拾烂摊子的效率与勇气,但敦马在7月16日宣称竞选宣言只是指南,不是圣经后,希盟从那个时候就慢慢以各种理由,不断U转,偏离了改革方向,并且把焦点放在政治,而非民生。

随后敦马的“精辟言论”不断出炉,包括他指弯桥是柔佛州的建议、第三国产车是人民的点子、民主允许政治青蛙、巫统也有好人、拒收青蛙等同拒绝选民的支持,一再合理化他违反民意的举止。

其他成员党也有样学样,沉溺于操弄政治,从拉大拨款到自立合作社拨款,不知何时才会收手。

人民对新政府的支持率下跌,很大原因是不满希盟不再专注于治理国家,很多商家都投诉换了政府后,市场比以往淡静。经济不好,不只摧毁了改朝换代的激情,也扫除人民对新政府的好感。

Invoke创办人拉菲兹说得对,在大选支持希盟的马来选民不是因为希盟会比巫统及伊党“更马来人”,而是因为他们相信希盟会给他们更好的生活。

如果新政府无法让人民安居乐业,选民就不会在下届大选支持希盟。

希盟没有兑现大选承诺打击各种族的信心,包括没有废除所有施加于垦殖民的不合理债务、没有承认统考文凭、没有兑现向印裔社群做出的25项承诺。

假如是财务问题暂缓执行大选宣言还情有可原,但最近的迹象显示新政府已偏离正轨,包括不签署消除一切形式种族歧视国际公约(ICERD)、拒绝恢复地方选举、不废除2016年国家安全理事会法令等恶法。

希盟也不尊重民意,包括执意要废除死刑,还警告希盟后座议员不支持就辞职;土团党接受巫统议员的加入,更让民众反弹。

另一个打击民心的是希盟部长的差劲表现,教育部长马智礼强制穿黑鞋上学,损害新政府的威信,最近他在国会下议院发表“要求在砂拉越和沙巴学校执教的吉兰丹、登嘉楼及吉打伊斯兰教师继续留在东马宣教”的言论,更招致砂州行动党同僚的抨击。

首相署部长瓦达姆迪处理首邦市USJ25区兴都庙骚乱事件不当,在消拯人员莫哈末阿迪殉职后,反对党要求敦马革除他的部长职,连土团党青年团也附和。

敦马委任瓦达姆迪是为了印裔选票、争取兴权会的支持,若开除瓦达将得罪印裔社会,所以敦马必须维护他。

但是,右翼分子不会罢休,他们会继续炒作,这将掀起另一轮种族情绪。

在种族关系仍然紧绷的情况下,希盟领袖如何可以放松。

或许是因为巫统濒临瓦解,因此敦马的心情愉快,但他还有很多事情未做好,特别是遵循希盟的政纲加紧改革;新部长的表现不理想,他也应该紧密监督,以免引发内乱。

对于坊间出现行动党沦为马华2.0的声音,林吉祥强调,倘若新政府放弃建立新马来西亚的目标,行动党将毫不犹豫的脱离希盟。希望行动党说到做到,勇于在内部纠正,才能力挽狂澜。

满意度猛挫已敲响警钟,希盟能否看到危机,还是越陷越深?

http://www.sinchew.com.my/node/1824083




No comments:

Post a Comment