[Video] Pendakwaan terhadap Najib tidak seperti laporan media Pakatan Harapan - Randau Sarawak

Breaking

Wednesday, December 12, 2018

[Video] Pendakwaan terhadap Najib tidak seperti laporan media Pakatan Harapan

Pagi ini, saya didakwa kerana dituduh telah mengarahkan laporan audit 1MDB dipinda SEBELUM laporan itu dimuktamadkan (iaitu deraf laporan).

Dakwaan ini jauh berbeza dengan laporan-laporan media dari usaha propaganda PH bahawa laporan audit 1MDB yang SUDAH dimuktamadkan (ataupun final report) telah ditukar ataupun telah memindakan laporan audit muktamad untuk 1MDB.

Saya menolak sekeras-kerasnya tuduhan-tuduhan ke atas dakwaan hari ini dan akan membersihkan nama saya di mahkamah. Insha Allah.

Saya dibenarkan untuk diikat jamin dan sedang dalam perjalanan pulang dari Mahkamah.

Walaupun dakwaan-dakwaan berterusan dari kerajaan PH memang mengambil masa saya yang banyak tetapi saya akan terus menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen pembangkang dan terus membersihkan nama saya.



.........
Penerangan yang diberi oleh peguam saya kepada media tentang dakwaan saya pagi ini di mana saya dituduh telah mengarahkan untuk meminda deraf laporan audit ke atas 1MDB.



Facebook Najib Razak


http://pakdin.my/tag/najib-razak

No comments:

Post a Comment