Monday, December 10, 2018

[Video] #Daulat812: Bukan Soal Jumlah Kehadiran, Akuilah Rakyat Bangkit Kerana Kegagalan Kerajaan Tunai Janji


“Biarpun terdapat anggaran jumlah kehadiran yang rendah, hakikatnya himpunan ini melebihi jumlah mana-mana perhimpunan terbesar yang pernah diadakan sebelum ini.

“Akuilah bahawa rakyat mulai bangkit sebagai manifestasi atas kegagalan menunaikan janji dan pelaksaan dasar baharu pro-rakyat.”

Demikian kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui Twitternya sebagai maklum balas terhadap pelbagai laporan berbeza berkenaan anggaran jumlah kehadiran dalam Himpunan Bangkit 812 yang berlangsung semalam.

Penganjur iaitu Gabungan Pembela Ummah memaklumkan bahawa anggaran kehadiran dalam himpunan tersebut ialah melebih 500,000 orang peserta apabila bukan sahaja kawasan pekarangan Dataran Merdeka yang dipenuhi lautan manusia malahan limpahan peserta melangkau ke Jalan Raja sehingga ke Bangunan Dayabumi; Jalan Tun Perak sehingga ke Jalan Lebuh Ampang; Jalan Raja Laut sehingga ke Sogo; kawasan sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berkata dianggarkan 55,000 peserta hadir sementara laporan Malaysiakini pula menganggarkan jumlah kehadiran seramai 80,000 orang.

Dalam masa yang sama, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut melahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada semua pihak kerana Himpunan Daulat 812 berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah. Tahniah kpd penganjur (semua NGO), UMNO, PAS dan terutamanya peserta himpunan. Syabas kepada semua agensi, PDRM dan DBKL yang telah menjalankan tugas penuh profesional. Kebersihan terjaga biarpun himpunan-himpunan sebelum ini tidak tergambar biarpun namanya begitu.”

Himpunan Daulat 812 diadakan sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.


LIHAT video:
https://youtu.be/-nn9ntoSGZE


http://pakdin.my/tag/icerd


No comments:

Post a Comment

Loading...