Thursday, December 13, 2018

UMNO tiada hala tuju jelas?

Pelik sangat jika ada pemimpin UMNO sibuk mendakwa UMNO tiada hala tuju jelas.

Hala tuju UMNO sudah jelas dalam Perlembagaan dan sejarah penubuhan. Ahli dan penyokong sangat memahami. Berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

UMNO bertujuan menjaga kepentingan Islam, masyarakat bumiputera dan membina negara tanpa menindas dan mengenepikan rakyat pelbagai etnik dan pegangan agama yang lain.

Yang tidak jelas hanya hala tuju pemimpin dan wakil rakyat UMNO sekarang.

Tujulah diri anda ke mana pun.

Jangan jadi 'takut di hantu, terpeluk ke bangkai'.





No comments:

Post a Comment

Loading...