Tiba-tiba, TH tidak lagi mengalami defisit? - Randau Sarawak

Breaking

Sunday, December 30, 2018

Tiba-tiba, TH tidak lagi mengalami defisit?

Dua minggu dahulu, saya pernah tanya ini:

Bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.

Tetapi bila aset yang sama ini di bawah nama SPV, maka TH tidak lagi ada defisit.

Sehingga kini, kerajaan PH tidak dapat menjawab bagaimana ini boleh berlaku.




................

Facebook Najib Razak

Tiba-tiba, kita diberitahu bahawa Tabung Haji (TH) mengalami defisit RM4.1 bilion kerana terlebih bayar dividen untuk 4 tahun berturut-turut walaupun telah diaudit dan diluluskan oleh Jabatan Audit Negara setiap tahun.

Maka, aset TH bernilai RM19.9 bilion dijual kepada sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV) di bawah Kementerian Kewangan yang bertanggungjawab untuk memajukan ataupun menjual aset-aset ini.

SPV pula meminjam dari TH untuk membeli aset-aset TH ini dengan cara membayar TH dengan menerbitkan sukuk dan saham keutamaan boleh tebus Islam (RCPS-I) bernilai RM19.9 bilion kepada TH dengan faedah 2.5% setahun untuk 7 tahun.

Sukuk dan RCPS-I dari SPV ini tidak dijamin oleh kerajaan, tidak boleh dijual kepada mana-mana pihak - bermakna ianya hanya melambangkan aset bernilai RM19.9 bilion dalam SPV itu.

Pakar kewangan kata: Sukuk dan RCPS-I itu "not guaranteed, not-traded and not rated."

Tiba-tiba, TH tidak lagi mengalami defisit.

Bila aset bernilai RM19.9 bilion ini di bawah nama TH, maka TH ada defisit RM4.1 bilion.

Tetapi bila aset yang sama ini di bawah nama SPV yang tidak dijamin oleh kerajaan, maka TH tidak lagi ada defisit.

Magic.



Facebook Najib Razak




No comments:

Post a Comment