Polis klasifikasi siasatan kematian Muhammad Adib sebagai kes bunuh #Justice4Adib - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, December 18, 2018

Polis klasifikasi siasatan kematian Muhammad Adib sebagai kes bunuh #Justice4Adib

LIHAT video: https://youtu.be/tXDTIHrBlhU
KEMATIAN anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim kini disiasat dan diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh, kata Timbalan Ketua Polis Selangor Ab Rashid Ab Wahab.

Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh tetapi kini diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.




Rujukan:
Apabila Menteri Perpaduan bertukar menjadi Menteri Perpecahan
https://pakdin.my/apabila-menteri-perpaduan-bertukar-menjadi-menteri-perpecahan/

http://pakdin.my/tag/kuil-seafield


.................

Yang ini lepas!

Exco Negeri Selangor kaitkan isu rusuhan dengan agama

Exco Kerajaan Negeri Selangor, V. Ganabatirau memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawabnya apabila mengaitkan insiden rusuhan di Kuil Sri Mariamman di Subang Jaya, awal pagi ini dengan sentimen agama apabila menuduh dimulakan sekumpulan orang Islam.

Kenyataan tidak bertanggungjawab tersebut dimuat naik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin itu di Facebooknya beberapa jam lalu.

Bagaimanapun selepas dikecam pelbagai pihak, Ganabatirau memadamkan kenyataan asal dan menggantikan sekumpulan orang Islam kepada kumpulan gangster tanpa sebarang permohonan maaf.

No comments:

Post a Comment