Pembunuh Adib bakal terlepas? - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, December 20, 2018

Pembunuh Adib bakal terlepas?

1. Malaysia Today melaporkan bahawa Peguam Negara Tommy Thomas telah menghalang suspek pembunuhan Adib dari ditangkap.

https://www.malaysia-today.net/2018/12/20/police-dispute-fireman-adibs-autopsy-report/

2. Ini kerana, walaupun kes Adib telah ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Kesalahan membunuh), 4 orang suspek yang sebelum ini dibebaskan atas jaminan Polis masih belum ditangkap semula.

3. Perkara ini katanya dilakukan bagi membolehkan suspek-suspek ini melarikan diri ke luar negara dan menghalang dari terjadinya rusuhan kaum.

4. Ketua Polis Negara dilaporkan sangat tidak berpuas hati dengan perkembangan ini.

5. Cubaan kerajaan untuk menutup kes Adib ini adalah kerana ia bakal menimbulkan kemarahan kedua-dua kaum, iaitu Melayu dan India.

6. Ini kerana perbicaraan kes Adib (jika dilakukan) bakal mengambil masa yang lama dan akan mencetuskan lebih banyak perbalahan.

7. Dikatakan punca kematian Adib bakal diubah kepada 'Kecederaan Dada' tanpa spesifik menyebut sebabnya walaupun kenyataan ramai saksi jelas mengatakan bahawa Adib ditarik keluar dari kenderaan Bomba kemudiannya dipukul ganas.

8. Kenyataan Timbalan Menteri juga berkata punca kematian Adib 'masih disiasat' walaupun semua orang sudah tahu puncanya.

9. Sekarang ini kerajaan tengah memikirkan 'jalan terbaik' untuk mencari penyelesaiannya bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk.

10. Tapi bagi orang Melayu, kita hanya mahukan satu benda. Iaitu keadilan, tidak kira apa pun jalannya.

#justice4adib



Sumber Malaysia-Today.Net


No comments:

Post a Comment