Saturday, December 15, 2018

Pas sedia terima wakil rakyat UMNO - Menangguk di air keruh

Jenis tak boleh buat kawan.

............

Biarpun tidak bersetuju dengan budaya lompat parti namun Pas bersedia menerima mana-mana wakil rakyat parti lain khususnya dari UMNO yang mahu berhijrah ke parti itu.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sebenarnya adalah pihak pertama yang mencadangkan kepada kerajaan terdahulu supaya diwujudkan akta menyekat Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) melompat parti.

Bagaimanapun, katanya, selagi larangan seumpama itu tidak digubal maka semua wakil rakyat bebas untuk meninggalkan parti masing-masing tanpa perlu mengosongkan kerusi.

"Kita pernah hilang kerajaan Kelantan, Perak dan hampir hilang Terengganu, sebab itu kita kemukakan cadangan supaya kerajaan wujudkan akta larang tindakan lompat parti, mana-mana wakil rakyat yang lompat parti maka dia akan hilang jawatan dan perlu kosongkan kerusi serta beri mandat semula kepada rakyat.

"Selagi akta ini tidak ada, maka wakil rakyat bebas melompat parti, dalam situasi ke mana mereka nak lompat maka Pas buka ruang, bukan kita nak galak budaya lompat, tetapi bila akta tidak ada jika mereka nak bersama Pas maka kita alu-alukan," katanya.

Beliau ditemui selepas program Kembali Ke Sekolah anjuran bersama Ahli Parlimen Kubang Kerian, Halwa DUN Salor dan Kelab Sukarelawan Kebajikan Salor di sini hari ini.

Kira-kira 100 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan menerima kelengkapan asas persekolahan bernilai RM150 seorang di program itu.

Tuan Ibrahim diminta mengulas mengenai tindakan lima wakil rakyat UMNO yang mengumumkan keluar parti semalam yang dijangka akan memilih haluan baharu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Mereka adalah kumpulan terbaharu yang keluar parti menyusuli langkah beberapa pimpinan UMNO sebelum ini termasuk bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.


http://pakdin.my/tag/lompat-parti


No comments:

Post a Comment

Loading...