Thursday, December 27, 2018

Netizen persoal inkues tentukan sebab kematian Adib #Justice4Adib






Rata-rata netizen mempersoal keputusan kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk mengarahkan Majistret membuat inkues menentukan sebab kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

Mereka membangkitkan keperluan inkues dibuat memandangkan kes berkenaan diklasifikasi semula oleh polis sebagai membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Netizen turut mendakwa inkues itu tidak perlu kerana doktor pakar yang terbabit dalam bedah siasat juga akan mengemukakan laporan punca kematian Muhammad Adib.

Malah ada netizen membandingkan kematian Muhammad Adib berbeza dengan kes pembantu politik DAP, Teoh Beng Hock yang mana diklasifikasi mati mengejut.

Seorang pengguna Facebook, Jebat Ta’zim meragui inkues berkenaan kerana polis sebelum ini menahan empat suspek yang disyaki terbabit dalam kematian Muhammad Adib.

“Inkues apa plk? Dh ada suspek tu ari knp x tangkap semula siasat.. ni bkn kes terjun bangunan mcm Teo tu ari. kes d klasifikasikan mati mengejut..yg ni polis dh sahkan kes bunuh (Inkues apa pula? Dah ada suspek hari tu, kenapa tak tangkap semula, siasat... ni bukan kes terjun bangunan macam Teo. Kes diklasifikasikan mati mengejut. Yang ini polis sudah sahkan kes bunuh),” katanya.

Puma Cheng pula menulis: “Kan doktor pakar dah ada org yg berkelayakan family boleh minta terus kpd hospital laporan perubatan.”

Seorang pengguna Facebook pula mempersoal mengapa Peguam Negara perlu dibabitkan dalam kes berkenaan.

“AG perlu mengecualikan diri dari sebarang proses siasatan dan pendakwaan... Kecuali proses fomaliti atas nama AG.. ...Beliau telah gagal utk berkecuali apabila terlibat dlm proses penyelesaian tapak kuil yg jelas berlawanan dgn arahan mahkamah tinggi,”katanya.

Awal hari ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dalam prosiding inkues itu, Majistret akan mempunyai kuasa luas mengikut Seksyen 328 Kanun Tatacara Jenayah yang memberi erti sebab kematian.

Katanya, ia termasuk mempertimbangkan bagaimana Allahyarham Muhammad Adib menemui ajalnya dan sama ada kematiannya disebabkan, atau dipercepatkan oleh, apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang menyalahi undang-undang dilakukan oleh orang lain.

Peguam Negara, Tommy Thomas mendedahkan selepas penemuan dapatan tertentu polis menerusi rakaman percakapan saksi, lakonan semula dan hasil bedah siasat pihak forensik patalogi, punca kematian hanya boleh didedahkan di mahkamah kelak.

Sebelum ini, empat lelaki dipercayai terbabit dalam insiden anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya dibebaskan daripada tahanan reman, pada 10 Disember lalu.

Dua suspek dibebaskan dengan bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Semua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini telah direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

http://pakdin.my/tag/muhammad-adib

Peguam Negara masih keliru sebab kematian Muhammad Adib sedangkan bedah siasat jelas menunjukkan dibunuh #Justice4Adib
https://pakdin.my/peguam-negara-masih-keliru-sebab-kematian-muhammad-adib/





No comments:

Post a Comment

Loading...