Menteri sahkan Khalid Samad berbohong mengenai pelaburan Qatar - Randau Sarawak

Breaking

Monday, December 17, 2018

Menteri sahkan Khalid Samad berbohong mengenai pelaburan Qatar

16 Disember 2018, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dengan bangganya mengatakan bahawa ada 'individu Qatar' mahu melabur RM1.6 trilion dalam projek kereta nasional ketiga.

17 Disember 2018, Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof menafikan dakwaan yang dibuat Khalid.

Tak sampai 24 jam pembohongan yang melucukan dibuat oleh Khalid Samad yang juga seorang menteri lantikan Mahathir ketika konvensyen PAN disanggah oleh Menteri berkaitan.

Tak masuk akal negara Qatar yang Rizab Bank Pusat Mereka tak sampai US$ 400 bilion hendak melabur US$ 400 bilion (RM 1.6 trilion) dalam projek Kereta Nasional Ke-3.

Mentadbir negara macam main-main dan boleh disulam dengan pembohongan.

Siapa sahaja boleh bercakap mengenai kementerian yang bukan dibawah dia. Cacamarba.

Tak serius langsung.


.....

Pelaburan Qatar: Menteri nafi apa disebut Khalid Samad

https://malaysiakini.com/news/456535

Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof menafikan dakwaan Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad bahawa Qatar berminat untuk melabur dalam projek kereta nasional ketiga Malaysia.

"Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar (QIA) telah menyebut bahawa mereka berminat untuk melabur di negara ini, tetapi (tidak ada) menyebut secara khusus mengenai projek ini (kereta nasional).

"Saya tidak tahu di mana dia (Khalid) mendapat sumber tetapi saya fikir apa yang dikatakan QIA ialah mereka mempunyai banyak dana untuk melabur di negara ini," kata Redzuan kepada pemberita selepas menghadiri majlis di Cyberjaya hari ini.

Semalam, Khalid berkata "individu dari Qatar" berminat untuk melabur di Malaysia dan di dalam projek kereta nasional ketiga.

Mahathir sebelum ini mencetuskan idea projek kereta nasional ketiga.

Kabinet bersetuju dengan syarat projek berkenaan tidak boleh melibatkan dana kerajaan.

Perdana menteri juga sebelum ini berkata ada individu dari sektor swasta yang berminat melabur dalam projek itu.


......

Rujukan:
Temberang Khalid Samad – Pelabur Qatar nak melabur US400b dalam Kereta Nasional ke-3
https://pakdin.my/pelabur-qatar-nak-melabur-us400b/

No comments:

Post a Comment