Mekanisme harga petrol: "Tiada idea lain ke ??" - Ahmad Maslan - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, December 25, 2018

Mekanisme harga petrol: "Tiada idea lain ke ??" - Ahmad Maslan

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan menyindir kerajaan PH tiada idea lain dalam mekanisme penetapan harga minyak petrol daripada secara bulanan kepada mingguan, bermula 1 Januari depan.

Beliau berkata, kaedah itu dilihat tidak berubah seperti mana dilaksanakan ketika BN memerintah negara.

"Jika harga bertukar setiap minggu, itu sama dengan kerajaan BN dulu. Tak ada idea lain ke Lim Guan Eng (Menteri Kewangan)?," soalnya menerusi ciapan di Twitter miliknya hari ini.

Mengulas tentang penurunan harga Ron95, Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, ia sebenarnya tiada kaitan dengan kerajaan PH, sebaliknya disebabkan harga minyak dunia turun.

"Mungkin turun kepada RM1.90 seliter dan dah tiada subsidi. Kenapa tak turunkan kepada RM1.50 dan beri subsidi?," soalnya.

Semalam, Guan Eng dalam satu kenyataan berkata, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk Ron95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019, sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

BACA sini:
Harga minyak AKAN dijual lebih rendah mengikut harga runcit sebenar setelah didesak pembangkang
https://pakdin.my/harga-minta-akan-dijual-lebih-rendah-mengikut-harga-runcit-sebenar-setelah-didesak-pembangkang/



BACA sini:
Harga minyak AKAN dijual lebih rendah mengikut harga runcit sebenar setelah didesak pembangkang
https://pakdin.my/harga-minta-akan-dijual-lebih-rendah-mengikut-harga-runcit-sebenar-setelah-didesak-pembangkang/






No comments:

Post a Comment