Friday, December 21, 2018

Mana SUHAKAM..????? #Justice4Adib




Tuntutan hak asasi manusia buat penjawat awam

......

Susulan kematian seorang anggota bomba membabitkan rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyarankan agar diadakan tuntutan hak asasi kemanusiaan bagi penjawat awam yang bertugas.

Musa berkata, tuntutan berkenaan adalah bagi individu yang bertugas sebagai penyelamat serta menjaga keamanan dan keselamatan awam di negara ini.

“Tuntut hak asasi kemanusiaan bagi penjawat awam yang bertugas sebagai penyelamat, menjaga keamanan dan keselamatan awam,” katanya dalam perkongsian di laman mikro Twitternya, hari ini.

Dalam ciapan berasingan, Musa berkata, di Malaysia, bila penjawat awam seperti polis, tentera dan bomba terbunuh akibat dari tindakan ganas penjenayah, ungkapan yang sering disebutkan adalah “itu biasa kerana tugas mereka”.

“Jika penjenayah pula yang terbunuh cepat (pula) menuding jari penguat kuasa menggunakan kekerasan dan minta keadilan,” tulisnya dengan tanda pagar #Justice4Adib.

Seorang anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim meninggal dunia jam 9.41 malam tadi selepas 20 hari bertarung nyawa, dipercayai parah akibat dipukul sekumpulan perusuh di hadapan Kuil Sri Maha Mariamman 27 November lalu.

#SUHAKAM
#MALAYSIANBARCOUNCIL
#TONYTHOMAS
#PEGUAMNEGARA


No comments:

Post a Comment

Loading...