Wednesday, December 26, 2018

Laporan akhir bedah siasat Adib siap sebulan lagi #Justice4Adib






Selama itu lah juga pembunuh terus bebas dan berpeluang melarikan diri ke luar negara.
.............

Laporan akhir bedah siasat bagi mengetahui punca kematian ahli bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, dijangka siap dalam tempoh sebulan, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

“Sesetengah kecederaan yang dialami oleh Adib, apakah jenis kecederaan...saya rasa ahli patologi akan tahu apakah kecederaan dalaman yang dia (Adib) alami (punca kematian).

“Ahli patologi akan tahu sama ada perlu atau tidak untuk menjalani ujian darah untuk kesinambungan kecederaan yang dialami oleh Adib,” katanya.

Tambahnya, sekiranya laporan kecederaan sudah cukup untuk mengetahui punca kematian, maka ahli patologi tidak perlu menunggu keputusan ujian darah.





Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM Subang Jaya cedera parah selepas diserang dan dipukul perusuh dalam kejadian kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada 27 November lepas.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember di Institut Jantung Negara (IJN) selepas 21 hari bertarung nyawa.






No comments:

Post a Comment

Loading...