Saturday, December 29, 2018

Lagi kenyataan media pertikai lantikan jawatan kepimpinan oleh Anwar dari kumpulan Azmin Ali


KENYATAAN MEDIA BERSAMA
NAIB KETUA AMK & NAIB KETUA WANITA KEADILAN

29 Disember 2018

Kemenangan rakyat dalam PRU-14 menuntut kita untuk menjamin sebuah Kerajaan yang stabil hasil dari sebuah organisasi politik yang mantap, inklusif dan matang.


KEADILAN memiliki tanggungjawab yang signifikan untuk menerajui Pakatan Harapan. Kita harus insaf dan sedar bahawa suara anggota dan akar umbi KEADILAN adalah keutamaan demi memperkukuhkan parti.




Pemilihan KEADILAN yang baru berlalu merupakan suatu referendum anggota yang jelas menyatakan aspirasi mereka tentang corak kepimpinan dan masa depan KEADILAN yang ingin dilakar.

Justeru, kami berpendirian bahawa pelantikan yang dibuat oleh Presiden wajar diteliti semula dan kembali berpandukan asas demokrasi yang telus, adil serta selaras dengan hasrat akar umbi KEADILAN.

Akhirnya, kami menyeru kepada seluruh pimpinan dan anggota untuk terus mempertahankan prinsip dan idealisme perjuangan KEADILAN demi keutuhan perpaduan dan muafakat anggota KEADILAN.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Naib Ketua AMK Pusat

SANGEETHA JAYAKUMAR
Naib Ketua Wanita Pusat





No comments:

Post a Comment

Loading...