Friday, December 14, 2018

Kerja pembangkang lemahkan Kerajaan bukan Presiden parti sendiri

Yang dah kalah bertanding dalam parti dan yang melompat parti jangan jadi macam enau dalam belukar.


1. Saya bukan orang Presiden. Tapi apabila Ahmad Zahid menang beliau perlu diberi ruang mencorakkan hala tuju UMNO dalam tempoh tiga tahun ini.

2. Sudah tentu kita berhak mengkritik kepimpinan beliau kerana ini parti demokrasi. Saya juga sering melakukan perkara yang sama. Namun kritikan dan teguran harus ada batas dan adab. Janganlah meroyan macam seorang calon Presiden yang kalah.

3. Andaian bahawa wakil rakyat UMNO tidak akan keluar parti jika Presiden UMNO hebat adalah penyedap rasa sahaja. Hakikatnya wakil-wakil rakyat UMNO akan tetap keluar parti walau siapa pun Presiden.

4. Ini kerana yang keluar parti bukan faktor dalaman tetapi kerana faktor luaran yang tidak mungkin dapat dihalang oleh sesiapa Presiden UMNO pun.

5. Kenapa ahli perlu gundah gulana apabila ada wakil rakyat keluar UMNO. Adakah kita tidak dapat makan bila mereka keluar parti? Apakah hidup kita terjejas kerana parti kekurangan wakil rakyat?

6. Hakikatnya, apabila tidak berkuasa, sama ada parti ada 50 ahli parlimen atau 10 orang sahaja tidak banyak berbeza.

7. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini tidak mempunyai kerusi sebanyak UMNO hari ini namun mereka berjaya menjadi kerajaan.

8. Parti-parti yang membentuk kerajaan hari ini juga kehilangan ramai pemimpin sebelum pilihan raya namun mereka menang kerana isu dan ahli yang kekal dengan perjuangan parti.

9. Kita kecewa dengan sikap wakil rakyat dan pemimpin UMNO yang keluar parti dan akan menyertai Bersatu. Namun mereka juga perlu membuat pilihan atas keutamaan diri.

10. Percayalah sesiapa pun menjadi Presiden UMNO, ahli parlimen ini tetap akan keluar parti kerana ada desakan lain di luar kawalan parti.

11. Jadi pembangkang fokus sahaja kepada kerja melemahkan kerajaan. Jika mahu melemahkan pembangkang baik sertai kerajaan.



Oleh: Ab Jalil Backer

http://pakdin.my/tag/umno

No comments:

Post a Comment

Loading...