Kerana ketakutan mereka 'terkesut-kesut bagai anak tidak diakui' - Randau Sarawak

Breaking

Thursday, December 13, 2018

Kerana ketakutan mereka 'terkesut-kesut bagai anak tidak diakui'

Keputusan sebahagian pemimpin UMNO Sabah meninggalkan parti adalah satu keputusan politik dan masa depan diri.

Melihat Mohd Najib Razak dihadap ke mahkamah saban bulan atas pelbagai pertuduhan yang logik dan tidak logik, dengan wang jaminan berjuta ringgit setiap satu sudah cukup menakutkan orang lain.

Jika ada pilihan siapa sanggup berhadapan tuduhan-tuduhan di mahkamah dengan kos jaminan jutaan ringgit?

Jika tilam yang menjadi saksi masih ada air mani Anwar Ibrahim setelah bertahun peristiwa tersebut, apatah lagi hal-hal pembuktian berasaskan “paper trail”.

Justeru walau apa pun nyanyian politik menunding jari kelemahan kepimpinan UMNO atau kepentingan rakyat, sebahagian besar mereka yang keluar hari ini adalah demi kepentingan diri.

Jangan kecam mereka kerana kita tidak berada di tempat mereka. Saya tidak pasti mengenai orang lain, namun jika saya dalam situasi mereka, saya juga mungkin akan melakukan perkara yang sama.

Kita ucapkan selamat berjaya kepada mereka. Alhamdulillah sebulan dua nanti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan menjejak kaki ke bumi Sabah.

Jangan kecam Mahathir juga. Mahathir perlu perkukuhkan Bersatu sebelum genap dua tahun. Jika Bersatu tidak kuat Mahathir terpaksa menyerah kuasa kepada Anwar.

Mahathir juga memerlukan cerdik pandai UMNO Sabah kerana yang ada dalam kabinet merupakan ahli Parlimen parti Warisan yang tidak berkualiti dan memalukan kerajaan pusat.

Ada yang sudah dapat gelaran Menteri Sticker. Pasal sticker pun hendak gaduh, apa punya menteri. Ada yang jawab soalan Parlimen mengalahkan budak lulusan SPM sahaja.

Jadi usahlah ahli UMNO bertekak di bawah menyalahkan kepimpinan atas gagal berfungsi. Alasan semua yang keluar itu hanyalah wayang propaganda Menara Ilham sahaja.

Tunggulah tidak lama lagi semua itu akan masuk Bersatu.



No comments:

Post a Comment