Wednesday, December 19, 2018

Keputusan Ahmad Zahid terpuji, pemimpin ‘KATAK’ terkeji dan UMNO bangkit kembali

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengambil langkah yang sangat TERPUJI lagi dihormati apabila menyerahkan teraju tugas Presiden kepada Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pemuda UMNO Alor Setar mencontohi sikap pengorbanan Ahmad Zahid yang merupakan pemimpin hebat berjiwa besar yang sedia mendengar suara akar umbi dan rakyat.sekaligus membuktikan bahawa kepentingan parti mengatasi segala kepentingan individu baik sesiapa pun tanpa kecuali.

UMNO sekali lagi membuktikan demi masa depan, ia parti paling demokratik penuh integriti di negara ini apabila pemimpinnya bersedia berundur demi kepentingan jemaah dan rakyat demi fokus usaha membersihkan nama istitusi Presiden UMNO. Kita menyaksikan dalam UMNO bahawa pemimpin datang dan pergi, tetapi keutuhan ahli, perjuangan dan struktur parti tetap kukuh, tidak seperti parti lain yang hanya bergantung harap kepada susuk tubuh individu tertentu. Terima kasih atas segalanya Ahmad Zahid Hamidi.

Lantaran itu, Pemuda UMNO Alor Setar menyokong penuh dan berharap Mohamad Hasan bertindak segera memacu parti mara ke hadapan dan meningkatkan kembali moral para ahli. Beliau mempunyai tugas yang amat berat, lantas sokongan semua amat perlu khususnya pengaruh Ahmad Zahid Hamidi dalam parti.

Beliau, yang mendapat kepercayaan Presiden, perlu tampil dengan berani, tegas dan berkarisma meneruskan agenda pemulihan parti bagi menyaingi Pakatan Harapan dan membina keyakinan di dalam UMNO dan rakan dalam BN terutamanya rakyat yang hari ini kelihatan amat perlukan pembelaan kita selaku pembangkang yang berwibawa dan diyakini.

Pemuda Alor Setar menyeru semua ahli parti pelbagai peringkat kembali merapatkan saf dan fokus parti bersama Mohamad Hasan mengorak langkah kehadapan memimpin UMNO bagi menjadikan parti hebat kembali.

Pemuda UMNO Alor Setar juga berharap segala polemik dan alasan mereka yang bercita cita ‘melompat’ parti dapat dihentikan kerana jelas mereka sudah tiada alasan lagi khususnya berkenaan isu integriti kepimpinan dan hala tuju parti. Jika masih ada, pemuda Alor Setar mengalu alukan karektor ‘sampah’ berkepentingan sebegini pupus dalam parti.

Kepada yang telah pergi, Pemuda UMNO Alor Setar mengucapkan selamat maju jaya, moga moga apa yang dikejar tercapai. Namun, kita percaya peranan mereka akan ditolak dan hanya bakal menjadi penumpang ‘kelas kedua’
dalam mana mana parti lain.

Pemimpin politik sebegini hanyalah contoh negatif dan TERKEJI pada persepsi sesiapa sahaja khususnya akan ditolak rakyat. Justeru, masih ada masa untuk mereka merenung semula dalam ‘Iddah’ keputusan mereka jika mahu kembali ke pangkuan UMNO parti yang bakal meraih semula kepercayaan rakyat menerajui semula kerajaan pada Pru 15 nanti.



Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
Ketua Pemuda UMNO
Bahagian Alor Setar

No comments:

Post a Comment

Loading...