Jenazah Adib diterbangkan ke kampungnya di Kedah - Randau Sarawak

Breaking

Tuesday, December 18, 2018

Jenazah Adib diterbangkan ke kampungnya di Kedah

Jenazah anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, diterbangkan dengan helikopter MI17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ke Kedah pada 8.50 pagi ini.

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib tiba di Pangkalan Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di Kuala Lumpur kira-kira 7.55 pagi tadi selepas disolatkan di Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Jenazah yang diiringi keluarga dan pegawai bomba diterbangkan ke Kampung Tebengau, Kuala Kedah untuk dikebumikan.

Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya bulan lalu disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 9.41 malam.



No comments:

Post a Comment