Ikat tepi caj 30 sen - Randau Sarawak

Breaking

Friday, December 28, 2018

Ikat tepi caj 30 sen


Seorang pelanggan wanita di sebuah restoran mamak sekitar Selangor baru-baru ini terkejut apabila mangkuk kosong yang diminta bagi meletakkan bungkusan minumannya turut dicaj 30 sen.




Menurut laporan Sinchew, wanita berkenaan meminta mangkuk tersebut hanya kerana mahu meletakkan bungkusan air teh ‘O’ ais limau supaya minuman tersebut tidak tumpah sewaktu menikmati hidangan.

Meskipun mampu membayar kadar caj itu, wanita tersebut bertindak memuat naik gambar resit pembayaran di media sosial sebagai bukti bagi mendapatkan pandangan orang ramai.

Dalam pada itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) cawangan Hulu Selangor memberitahu, perkara sebegitu tidak pernah terjadi dan meminta kes tersebut dibawa ke ibu pejabat KPDNHEP.

“Kes ini sangat berbeza kerana pelanggan telah memesan bungkusan minuman, namun masih menggunkaan perkakasan daripada restoren. Oleh itu, ia agak sukar untuk mengadili kes ini.

“Wanita itu perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa supaya kes tersebut boleh dibuka. Jika ternyata restoren itu telah melanggar undang-undang, maka tindakan akan diambil,” jelasnya seperti dilaporkan Sinchew.




No comments:

Post a Comment