Wednesday, December 12, 2018

Ikat Jamin Satu Jaminan atau Hukuman?


Ikat jamin hanya bertujuan supaya tertuduh tidak lari dari perbicaraan bukannya satu bentuk hukuman sebelum perbicaraan.

Sehingga hari ini Dato Sri Mohd Najib Razak sudah dikenakan ikat jamin sebanyak RM5.5 juta. Setiap kali pertuduhan beliau akan diminta wang jaminan sekitar RM1 juta walaupun tertuduh lain dikenakan jaminan yang kurang.

Pendakwaraya boleh sahaja meminta jaminan yang lebih rendah atau mengambil kira wang jaminan sebelum ini sebagai satu ikatan tidak melarikan diri.

Pasport Mohd Najib telah ditahan. Beliau juga seorang terkenal yang tidak mudah menyelinap keluar negara tanpa dikenali.

Najib Razak juga seorang tua berusia 65 tahun. Mustahil beliau akan naik tongkang atau bot pancung melarikan diri ke Indonesia.

Tadi diminta lagi wang jaminan RM1 juta. Jadi apa tujuan ikat jamin berjuta-juta ini? Hanya untuk jaminan atau bertujuan menghukum dan menekan tertuduh sebelum perbicaraan?

Nampaknya salah satu cara untuk menghalang keadilan ialah mengenakan Mohd Najib dengan puluhan tuduhan dan wang jaminan berjuta ringgit setiap pertuduhan.

Akhir nanti Mohd Najib akan masuk ke penjara kerana tiada lagi wang untuk membayar jaminan dan ini akan menyukarkan beliau menggunakan segala sumber pembelaan.

Tampaknya kerajaan dan pendakwaraya melakukan pendakwaan berlandaskan dendam dan kepentingan politik bukannya sebagai proses mencari keadilan.

Suatu hari nanti sejarah akan menghakimi kamu para pemabuk kuasa.

Oleh: Ab Jalil Backer

http://pakdin.my/tag/najib-razak

No comments:

Post a Comment

Loading...