Harga minta AKAN dijual lebih rendah mengikut harga runcit sebenar setelah didesak pembangkang - Randau Sarawak

Breaking

Monday, December 24, 2018

Harga minta AKAN dijual lebih rendah mengikut harga runcit sebenar setelah didesak pembangkang

Bila rakyat terutama pembangkang dedahkan, barulah rejim Pakatan Harapan turunkan harga minyak.

Sebelum ini mereka gagal menjawab persoalan penurunan harga RON95 dan cuba mengalih perhatian rakyat kepada isu lain bagi menghalalkan perbuatan rejim PH menjual harga minyak yang lebih tinggi.

Yang belum kedengaran penurunan harga minyak masak sawit yang sekarang ini telah jatuh merudum tetapi pengguna tetap kena bayar dengan harga melebihi dari harga pasaran yang sepatutnya.

Selama ni 30 sen tu masuk kocek siapa?



........

Harga petrol lebih rendah mula 1 Januari ini






Kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari ini berikutan penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara bulanan, sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia ketika ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata perkara itu akan memberikan kelebihan kepada pengguna jika harga minyak dunia sedang naik, namun disebabkan trend harga minyak adalah menurun, maka kerajaan bersedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan.

"Ini bermakna kaedah penetapan harga secara bulanan di bawah Mekanisme Harga Automatik (APM) akan digantikan dengan penetapan harga jualan runcit secara mingguan dalam keadaan harga minyak dunia menurun.






"Penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan akan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 bagi membolehkan pengguna menikmati perubahan harga yang lebih cepat selaras dengan perubahan harga petroleum di pasaran dunia.

"Justeru, harga runcit produk petroleum dijangka turun mulai 1 Januari 2019 dan sekiranya trend penurunan harga minyak sedunia berterusan, maka harga minyak runcit akan diturunkan setiap minggu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bermula 7 Jun lalu, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing pada paras RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter.

Guan Eng berkata, timbul persoalan apa akan berlaku jika harga minyak dunia naik semula kerana ia akan memperlihatkan kenaikan harga minyak runcit yang akan turut naik setiap minggu.

Katanya, dalam keadaan itu, kenaikan harga minyak runcit akan dikawal dan dihadkan kepada RM2.20 seliter untuk RON95 dan RM2.18 untuk diesel.
........

PM-4
Mahathir mengenakan cukai petrol – bukan memberi subsidi
https://pakdin.my/mahathir-mengenakan-cukai-petrol-bukan-memberi-subsidi/

PM-7
Rakyat pula beri subsidi pada kerajaan. Harga sebenar RON95 = RM1.90
https://pakdin.my/rakyat-pula-beri-subsidi-pada-kerajaan-harga-sebenar-ron95-rm1-90/





No comments:

Post a Comment