Hamzah Zainuddin, Broker, UMNO, Barisan Nasional, Lompat Parti, Pakatan Harapan, Mahathir, - Randau Sarawak

Breaking

Saturday, December 15, 2018

Hamzah Zainuddin, Broker, UMNO, Barisan Nasional, Lompat Parti, Pakatan Harapan, Mahathir,

Hamzah Zainuddin mengesahkan beliau adalah broker 36 ahli Parlimen BN menandatangi surat menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri dengan membelakangi MT UMNO.

Kata beliau jika Ahmad Zahid tidak berundur ada lagi ahli Parlimen akan keluar parti. Soalnya jika Zahid berhenti adakah semua ahli parlimen yang keluar akan kembali ke parti?

Siapa pula Presiden yang sesuai dan akan memastikan wakil rakyat UMNO kekal kepada parti?

Dua soalan ini perlu dijawab oleh Hamzah Zainuddin sebelum meminta zahid berhenti.

Apa pun tahniahlah Dato Seri memang hebat sebagai broker. Broker sudah tahu, dalang belum berani muncul.

Kepada ahli parlimen UMNO yang menjadikan Zahid sebagai “punching bag” ingatlah suatu ketika dulu kamu semua minta ahli parti hormati keputusan pucuk pimpinan menamakan anda sebagai calon pilihan raya.

Hari ini kamu tidak boleh hormati keputusan ahli memilih pucuk pimpinan parti.

http://pakdin.my/tag/lompat-parti



No comments:

Post a Comment