Dua lelaki ditahan bertindak ala samseng bakar mercun tengah jalan - Randau Sarawak

Breaking

Friday, December 28, 2018

Dua lelaki ditahan bertindak ala samseng bakar mercun tengah jalan



KLANG - Tindakan sekumpulan lelaki bertindak ala samseng dengan menghalang lalu lintas dan membakar mercun di Bulatan Simpang Lima di sini Ahad lalu membawa padah dengan dua daripadanya ditahan petang semalam.




Kedua-dua lelaki masing-masing berumur 20 dan 22 tahun itu ditahan di dua lokasi berbeza di sekitar daerah ini antara pukul 1.45 hingga 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penahanan mereka hasil daripada penularan sebuah video di laman sosial Facebook sejak semalam berkaitan perbuatan mereka itu.

Katanya, siasatan mendapati perbuatan tersebut disyaki dilakukan ketika upacara pembakaran mayat seorang lelaki yang meninggal dunia akibat sakit jantung pukul 5.30 petang, Ahad lalu.

"Soal-siasat terhadap kedua-dua suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu dengan seorang daripadanya mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan curi motosikal.

"Perbuatan mereka juga tidak didalangi atau melibatkan kumpulan kongsi gelap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelas beliau, siasatan lanjut masih dilakukan dengan pihaknya bagi mengenal pasti individu lain yang terlibat dalam kes tersebut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Letupan 1957 dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Terdahulu, dalam video berdurasi satu minit 38 saat itu memaparkan beberapa lelaki berumur lingkungan 20 hingga 30-an menaiki motosikal menghalang lalulintas manakala seorang sedang bermain mercun di tengah jalan.

Klip video berkenaan juga telah ditonton hampir 15,000 pengguna media sosial dan turut mendapat pelbagai reaksi negatif daripada netizen.


LIHAT video:
https://youtu.be/E8-ENrigw0M




No comments:

Post a Comment