Saturday, December 29, 2018

Apa Motif Wan Saiful bayar Zakat menggunakan Wang PTPTN?


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan kelihatan kehilangan arah mengemudi agensi berkenaan. Laporan berita Malay Mail melaporkan PTPTN menyumbang sebanyak RM1 juta kepada Pusat Zakat Kedah untuk diagihkan kepada pelajar asnaf di negeri tersebut.




BACA sini: PTPTN hands RM1m to Kedah Zakat Board to help the poor
https://www.malaymail.com/s/1706791/ptptn-gives-rm1m-to-kedah-zakat-board-to-help-the-poor

Apakah objektif sebenar PTPTN di bawah Wan Saiful? Kenapa PTPTN tidak fokus kepada objektif utama PTPTN untuk membantu pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terutama ketika PTPTN sedang bergelut isu kelemahan kutipan balik pinjaman dari peminjam?

Menyumbang kepada Pusat Zakat Negeri untuk membantu golongan asnaf menyambung pengajian pada ketika ini jelas menampakkan PTPTN kehilangan fokus dan tidak tahu apakah keutamaan agensi tersebut ketika ini.

Pertama, PTPTN bukan institusi bersifat berorientasikan keuntungan di mana menjadi kewajipan PTPTN untuk berzakat. Caj yang dikenakan kepada peminjam-peminjam pun hanya bersifat untuk menmpung kos pentadbiran.

Kedua, jika sumbangan zakat dianggap sebagai komitmen sosial, PTPTN tidak perlu menjalankan peranan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berbentuk kewangan (monetary) pun. Ketiga. Kenapa Wan Saiful memberi tumpuan di negeri Perlis dan Kedah sahaja?

Adakah PTPTN bercadang untuk menyumbang kepada kesemua negeri di Malaysia juga? Jika ya, berapakah peruntukan keseluruhan untuk usaha ini? Paling utama, apakah PTPTN memiliki wang yang banyak atau berlebihan untuk tujuan ini?

Mungkin kerana Menteri Besar Kedah anak kepada Perdana Menteri?

Sementara itu Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel berkata PTPTN baru-baru ini mengatakan mereka meminjam wang dari bank untuk membiayai 2.9 juta penuntut dan mempersoalkan bagaimana PTPTN memiliki dana untuk menderma.

Beliau menganggap pemberian kepada Lembaga Zakat Kedah untuk diberikan kepada asnaf sebati menimbulkan keraguan serius.

BACA sini: PTPTN’s RM1 mil donation to zakat board raises suspicions, says C4
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2018/12/28/ptptns-rm1-mil-donation-to-zakat-board-raises-suspicions-says-c4/








No comments:

Post a Comment

Loading...